Saturday, 31 October 2015

Pengenalan

Kini Malaysia menuju ke arah negara perindustrian menjelang tahun 2020 di mana sektor perniagaan dijangka bertambah penting. Ia bukan sahaja merupakan sektor sokongan tetapi lebih ke arah menyediakan asas dan teknologi bagi memastikan kejayaan pembangunan perusahaan yang lebih besar. Perkataan usahawan mula diperkenalkan dalam tahun 1970 iaitu semasa pelancaran Dasar Ekonomi Baru. Ianya bukan satu perkara yang baru kepada kita. Pada masa zaman Melayu Melaka, mereka yang melibatkan diri dalam bidang perniagaan dipanggil sebagai peniaga. Kemunculan bidang keusahawanan merupakan satu fenomena biasa. Kebanyakan tokoh pada masa lalu percaya bahawa keusahawanan merupakan satu aktiviti yang kian dilupakan malahan perhatian hanya tertumpu kepada syarikat-syarikat besar sebagai model sistem perniagaan bebas.

Dari sudut pemikiran pengurusan, ianya lebih menjurus kepada sains pengurusan dan proses membuat keputusan. Pada masa itu juga, sekolah pengurusan lebih memberi penekanan menguji lima prinsip pengurusan yang diperkenalkan oleh Fayol iaitu perancangan, pengrekrutan, pengorganisasian, kepimpinan dan kawalan. Walau bagaimanapun, kemunculan semula bidang keusahawanan kini telah mengambil tempat yang luas dalam asas institusi dan ekonomi.

Definisi Usahawan
Perkataan usahawan mempunyai erti yang sama dengan perkataan Inggeris ‘entrepeneur’. Perkataan ‘entrepreneur’ berasal dari perkataan Perancis, ‘entreprende’ yang bererti memikul tugas atau tanggungjawab. Perkataan ‘entrepeneur’ telah digunakan semenjak tahun 1775 oleh Richard Cantillon yang merujuk kepada kegiatan dalam keusahawanan. Banyak kajian telah dilakukan oleh pelbagai pihak dan beberapa pengertian kepada perkataan usahawan telah diberikan. Menurut Kamus Dewan Edisi Baru mentakrifkan usahawan sebagai orang yang mengusahakan sesuatu perusahaan iaitu pengusaha. Pengusaha yang dimaksudkan adalah sebagai pekerjaan secara besar-besaran untuk membuat barang-barang industri atau pekerjaan berniaga secara besar-besaran. The Encyclopedia Americana International Edition memberi maksud usahawan sebagai ahli perniagaan yang mengambil risiko menggabungkan faktor pengeluaran termasuk modal, buruh, bahan dan menerima ganjaran melalui keuntungan daripada nilai pasaran barangannya. Joseph A. Schumpeter, seorang ahli ekonomi menyatakan usahawan adalah seorang inovator yang boleh mengakibatkan kepada suatu pembaharuan.

Keusahawanan adalah antara perkara yang terpenting kepada individu, keluarga, pembangunan masyarakat, pembangunan negara serta agama. Ianya merupakan satu bidang ilmu yang merangkumi unsur-unsur sikap, kemahiran dan pengetahuan yang berkaitan dengan perniagaan dan perusahaan.


Oleh itu, untuk menjadi seorang usahawan berjaya seharusnya memiliki ciri-ciri dan kemahiran yang pelbagai. Antaranya ialah jaringan yang luas, berani mengambil risiko, berwawasan, ketaatan, budaya terbuka dan sebagainya. Di Malaysia ramai usahawan yang telah berjaya yang mana mereka mempunyai ciri-ciri usahawan yang ada dalam diri bagi memajukan perusahaan sehingga mereka menjadi terkenal sama ada di mata negara ataupun dunia.

Mempunyai Jaringan Yang Luas (Networked)

Jaringan usahawan merujuk kepada semua hubungan yang wujud dan dikekalkan oleh seseorang usahawan dengan manusia sekelilingnya untuk faedah bersama. Jaringan usahawan dibahagikan kepada beberapa jenis, iaitu jaringan peribadi, jaringan awam dan jaringan perniagaan.

Jaringan peribadi merujuk kepada jaringan yang tidak formal. Jaringan jenis ini melibatkan hubungan secara langsung dan bersemuka antara usahawan dengan pihak tertentu seperti ibu bapa, rakan-rakan, keluarga, bekas guru atau pensyarah, ahli-ahli persatuan sosial dan kumpulan belia. Pihak-pihak ini biasanya membekalkan sumber pertama kepada usahawan untuk mendapat pelbagai bantuan pada peringkat memulakan perniagaan.

Jaringan awam pula merujuk kepada sumber awam yang membolehkan usahawan meningkatkan pengetahuan, mendapatkan maklumat serta sebagai perantaraan dengan pihak-pihak tertentu. Sumber awam termasuk majalah, surat akhbar, buku, TV, radio, video, internet dan sebagainya. Sumber awam ini juga termasuk  pengetahuan yang diperoleh dari program latihan, seminar, bengkel serta persatuan. Manakala, jaringan perniagaan merupakan hubungan usahawan dengan pihak-pihak di luar organisasi perniagaan seperti pelanggan, pembekal, bank, akauntan, kerajaan, persatuan perniagaan, badan-badan professional dan lain-lain.

Pengasas Alibaba.com, Jack Ma merupakan usahawan yang mempunyai jaringan yang luas. Ini dapat dibuktikan apabila beliau telah mengambil keputusan untuk menciptakan suatu “hompage” untuk China dalam Internet, ahli keluarganya sudi meminjam wang kepadanya sebagai modal. Ahli keluarganya menunjukkan sokongan yang sepenuhnya walaupun mereka tidak mengetahui apa itu Internet dan “hompage”. Pada tahun 1995, beliau memerlukan modal sebanyak RMB20 ribu untuk memulakan perniagaan Internetnya. Beliau mengeluarkan simpanannya sebanyak RMB6.5 ribu dan mendapatkan pinjaman sebanyak RMB13.5 ribu daripada ahli keluarganya. Ini telah membuktikan Jack Ma telah memiliki jaringan peribadi yang kuat.

Selepas mendapatkan modalnya, Jack Ma menubuhkan sebuah syarikat perniagaan Internet. Dengan bantuan kawannya, beliau menghantarkan manuskripnya kepada syarikat surat khabar, China Trade News dan mendapatkan sokongan Timbalan Ketua Pengarang, Shun Yan Jun dari syarikat tersebut. Dengan bantuan Shun Yan Jun, Jack Ma mendapatkan peluang untuk menjelaskan Internet. Dengan bantuan kawannya, beliau mendapatkan peluang satu kali demi satu kali untuk memajukan perniagaan Internetnya.  

Oleh itu, beliau sentiasa mengadakan ceramah untuk menasihati orang ramai bukan sahaja fokus dalam strategi mengaut keuntungan yang maksimum, juga perlu membina jaringan sosial sendiri yang luas. Hal ini disebabkan jaringan yang luas membenarkan seseorang memperoleh bantuan dan sokongan yang tepat pada masanya tanpa mengira dari segi mental, kewangan atau fizikal.

Berani Mengambil Risiko (Open Risk Taker)

Seorang usahawan tidak takut akan mengambil risiko. Mereka melihat setiap risiko yang dihadapi sebagai peluang untuk mengaut keuntungan. Mereka berpendapat bahawa semakin tinggi sesuatu risiko, semakin besar pulangannya. Sebaliknya, semakin kecil risiko, semakin sedikit pulangannya.

Walau bagaimanapun, sebagai seorang usahawan yang bijak, mereka tidak akan mengambil risiko secara sewenang-wenangnya. Usahawan bukan penjudi. Mereka tidak akan mengambil sesuatu keputusan dengan mengikut gerak hati sahaja. Mereka akan menimbangkan risiko tersebut berdasarkan kelebihan dan kelemahan serta kemampuannya untuk menghasilkan balasan yang lumayan. Usahawan hanya akan mengambil risiko sekiranya risiko tersebut menjamin pulangan yang selamat. Usahawan berkemungkinan besar akan mengalami kerugian sekiranya risiko tidak diperhitungkan sebelum mengambil tindakan.

Contoh usahawan terkenal di Malaysia yang berani mengambil risiko ialah Tan Sri Lim Goh Tong. Beliau pernah dikatakan gila dan diketawakan semasa beliau menyatakan hasratnya untuk membangunkan Gunung Ulu Kali. Orang lain menyatakan hasrat itu adalah mustahil untuk mencapai dan menjangkakan pelaburan beliau tidak akan memberi sebarang pulangan. Namun, beliau tidak peduli dengan ejekan orang lain.

Tan Sri Lim Goh Tong membentuk satu pasukan seramai 20 orang dan menggunakan 9 hari 9 malam untuk meninjau persekitaran Gunung Kali. Untuk menyiapkan jalan ke puncak gunung dalam 3 tahun, beliau dan pasukannya bekerja 24 jam 7 hari seminggu. Untuk menjimatkan masa, beliau sanggup tinggal dalam hutan dan gua agar jalan itu dapat siap dalam tempoh masa yang ditetapkan. Sepanjang tempoh pembinaan jalan itu, beliau nyaris mengorbankan nyawanya. Disebabkan sepanjang tempoh itu, beliau dan pasukannya menghabiskan masa 24 jam setiap hari dalam hutan. Dengan itu, mereka terdedah kepada risiko diserang oleh haiwan liar. Dari tahun 1965 hingga 1971, dalam 7 tahun tersebut, beliau bekerja tanpa pendapatan. Wang belanjaannya diperoleh dari Rancangan Pengairan Kemubu di Kelantan. Disebabkan hasratnya ini, beliau nyaris muflis kerana beliau telah melaburkan semua wangnya dalam merealisasikan hasrat ini.


Tan Sri Lim Goh Tong merupakan usahawan yang terbaik dalam menunjukkan ciri keusahawanan ini. Beliau bukan sahaja sanggup menerima risiko mengalami kerugian, beliau juga menerima risiko mengorbankan nyawanya. Semangat beliau yang begitu kental ini patut dicontohi oleh generasi baharu. Dari pengalaman beliau, boleh dilihat bahawa Tan Sri Lim Goh Tong telah mengambil risiko yang cukup besar untuk membangunkan Gunung Ulu Kali. Sekiranya pada masa beliau melihat peluang ini, beliau takut mengambil risiko ini atau berputus asa semasa diejek oleh orang lain, hari ini Bukit Tinggi Genting tidak akan wujud dalam Malaysia. 

Ketaatan (Observant)


Nama Jimmy Choo sinonim dengan kasut yang eksklusif dan bergaya. Beliau bukan sahaja seorang pereka kasut tetapi juga seorang tukang kasut yang mahir dan pakar dalam menghasilkan hasil seninya. Beliau mendapat ilham dan inspirasi rekaannya daripada alam semula jadi seperti pokok dan bunga dan juga daripada keadaan sekeliling seperti hiasan dalaman di tempat-tempat yang dilawatinya. Beliau sangat teliti dalam membentuk acuan kasut yang terdiri daripada bahagian atas, tapak dan tumit bagi memestikan kasut rekaannya seimbang supaya si pemakai berasa selesa dan selamat walaupun mengenakan kasut bertumit tinggi.

Jimmy Choo dilahirkan di Pulau Pinang, Malaysia pada tahun 1961 dalam sebuah keluarga di mana, ayahnya menjalankan perniagaan membuat kasut. Beliau telah mendapat pendedahan awal mengenai teknik pembuatan kasut daripada ayahnya sendiri kerana ayahnya merupakan seorang tukang kasut sepenuh masa. Beliau bersekolah di Sekolah Rendah Shih Chung dan tamat pengajian beliau pada tahun enam. Beliau menolong ayahnya dan berjaya menghasilkan kasut pertama seawall usia 11 tahun. Setelah itu beliau telah menyambung pengajiannya dalam bidang pembuatan kasut dan fesyen di London.

Selepas tamat pengajian, beliau cuba membuka kedai kasutnya dengan menyewa sebuah bangunan bekas hospital yang ditinggalkan, beliau mengharungi 4 tahun yang mendukacitakan kerana jualan kasutnya amat menyedihkan. Namun begitu, beliau tidak berputus asa, beliau setia dan taat pada bidang pembuatan kasut ini. Setelah empat tahun bertungkus lumus, rekaan beliau mendapat liputan di Majalah Vogue, sebuah majalah terkenal di UK. Nama Jimmy Choo mula dikenali. Tetapi beliau masih kecewa kerana hasil  jualannya masih merosot walaupun telah mendapat liputan media.

Empat tahun pula berlalu, apabila mendiang Puteri Diana berkenan dengan rekaan beliau lantas  membelinya sekitar tahun 1990. Semenjak daripada hari itu, mendiang Puteri Diana terus jatuh cinta dengan rekaan Jimmy Choo dan menyebabkan nama Jimmy Choo terus melonjak naik di persada antarabangsa. Pada tahun 1996, beliau mengasaskan Jimmy Choo Ltd bersama Tamara Mellon, editor British Vogue. Kini jenama Jimmy Choo dikaitkan dengan gaya, kemewahan dan ketulenan, serta menjadi kegilaan artis dan selebriti di serata dunia.

Akhir kata, sikap seseorang akan mencerminkan kejayaannya. Tiada manusia yang berjaya tanpa usaha yang gigih. Kejayaan tidak akan datang bergolek. Firman Allah dalam surah Ar-ra’d ayat 11 “sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah nasib dirinya sendiri”. Sikap Datuk Jimmy Choo yang taat pada bidang yang diceburi dan tidak sesekali berpaling daripada bidang itu membuatkan beliau terus Berjaya sehingga ke hari ini. Usahawan seperti Datuk Jimmy Choo ini seharusnya menjadi contoh dan ikutan para pereka fesyen terutamanya.

Berwawasan (Visionary)


Datuk Wan Mohamad Sani Wan Salleh salah satu tokoh usahawan yang berjaya kerana beliau merupakan seorang tokoh usahawan yang mempunyai wawasan yang tinggi. Pada usia 33 tahun, anak muda ini bagaikan memiliki segala-galanya. Perniagaan yang memberi pulangan jutaan ringgit, bangunan sendiri sebagai pusat operasi perniagaan dengan kos pembelian serta pengubahsuaian mencecah RM7 juta, memandu kereta Ferrari F360 Modena bernilai RM1 juta dan mendiami banglo mewah bernilai RM9 juta memang selayaknya anak muda itu digelar jutawan dan usahawan berjaya.

Sani sebenarnya seorang artis tempatan suatu ketika dahulu. Beliau pernah menjadi seorang model, pelakon dan penyanyi. Namun, selama beberapa tahun menceburi bidang hiburan, Sani mengakui tidak nampak masa depannya dalam bidang itu. Rakannya sejak zaman kanak-kanak, Datuk Sharifuddin dijadikan sebagai inspirasi selepas melihat rakannya berjaya dalam perniagaan. Ini menunjukkan sikap Datuk Wan Mohammad Sani yang berwawasan. Beliau jauh memandang ke hadapan berkaitan kerjayanya. Dia memikirkan masa hadapannya akan cerah jika beliau menceburi bidang perniagaan. Sikap sebegini yang diperlukan oleh setiap usahawan.   

Beliau meletakkan tekad untuk merubah tahap kehidupannya dengan berniaga sendiri. Beliau bermula dengan membuka bengkel membaiki kenderaan di beberapa tempat seperti Kuala Lumpur dan Terengganu dan seterusnya mencuba perniagaan dalam perniagaan pengangkutan iaitu bas yang sememangnya menjadi minatnya. Menurut beliau ketika zaman sekolah, saya bersekolah di Kuala Terengganu dan keluarga pula di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Apabila berpeluang ke Kuala Lumpur beliau memilih bas sebagai pengangkutan.

Ketika memulakan perniagaan dalam bidang pengangkutan, pelbagai cabaran getir terpaksa ditempuh dan beliau perlu bekerja keras sehingga terpaksa tidur di pejabat. Pada tahun 2003 Sani menubuhkan SUSB khusus untuk perniagaan pengangkutan itu. Ketika itu beliau mengusahakan bersama dua rakan kongsi. Namun tidak lama selepas itu mereka menarik diri dan ketika itu Sani terkontang-kanting seorang diri. Beliau juga perlu membuat keputusan dengan lebih berhati-hati kerana sebarang keputusan dibuat adalah tanpa dirujuk kepada sesiapa.

Ketika itu Sani hanya ada seorang pekerja dan dengan segala kudrat dan buah fikirannya, segala perancangan untuk memulakan operasi bas ekspres yang diimpikan menampakkan hasil selepas tiga tahun bertungkus lumus dan modal daripada institusi kewangan. Beliau menanggung risiko besar kerana pinjaman yang dibuat, tetapi beliau berani dan yakin dengan apa yang dibuat. Itu menunjukkan Datuk Sani ini sememangnya mempunyai wawasan yang tinggi dalam kerjayanya.

Pada Januari 2006 Sani ekspres ada di jalan raya dan perjalanan perniagaan lancar. Perniagaan ini juga telah mendapat sambutan dan sejak itu perniagaan saya semakin pesat berkembang. Sani membuktikan jalan dipilihnya berbaloi kerana hanya dalam tempoh tiga tahun Sani Express menunjukkan prestasi yang luar biasa. Daripada seorang pekerja, Sani mempunyai 150 orang kakitangan sendiri. Daripada pejabat kecil di Ukay Perdana, sani kini ada wisma sendiri yang dibeli dan diubahsuai dengan belanja mencecah RM7 juta.


Kesimpulannya, sikap yang ada pada seseorang usahawan sangat penting. Sikap mencerminkan peribadi seseorang. Jika sikap yang ditunjukkan oleh usahawan ini adalah positif maka positif hasilnya. Setiap orang yang berjaya sudah pasti memiliki pegangan hidupnya yang tersendiri. Sebagaimana Datuk Mohammad sani ini sendiri beliau memegang “ apa jua perkara yang kita lakukan, kita harus berpegang pada agama”. Buat apa yang di suruh dan tinggalkan apa yang dilarang. Doa juga penting. Dan dalam hal ini kata Datuk Sani ibu beliau Sharifah Aini Syed Ibrahim Jamlulai sering mendoakan beliau, begitu juga ayahnya. Sikap Datuk Mohammad Sani yang berwawasan dan sentiasa memandang jauh ke hadapan menjadi salah satu sebab mengapa dia boleh berjaya dalam usia yang sangat muda. 

Kegagalan Merupakan Satu Cara Untuk Berjaya (Failure is an Option)

Untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya, kegagalan tidak dapat diabaikan. Kebanyakan usahawan yang berjaya menganggap kegagalan merupakan satu proses, cabaran dan langkah untuk berjaya dalam perniagaan. Hal ini kerana mereka dapat belajar dan bersedar daripada kegagalan dan memperbaiki kesilapan yang dilakukan.

Contoh usahawan yang berjaya ialah Colonel Harland Sanders. Beliau merupakan pendiri Kentucky Fried Chicken (KFC). Beliau lahir pada 9 September 1890 di Indiana, Amerika Syarikat. Pada usia 65 tahun, beliau mula mendirikan perniagaan KFC. Tetapi sebelum beliau berjaya mendirikan KFC, beliau telah menggunakan selama 9 tahun untuk menyempurnakan cara memasak ayam dengan menggunakan 11 bumbu-bumbu dan rempah-rempah. Selain itu, beliau juga menggunakan “pressure cooker” untuk memasak ayam dengan lebih cepat berbanding dengan penggorengan biasa.

Beliau pergi ke restoran-restoran untuk menawarkan resepsi ayamnya pada tahun 1952. Namun, lebih daripada 1000 restoran menolak resepsi yang ditawarkan oleh beliau. Beliau telah mendengar perkataan “Tidak” sebanyak 1009 kali sebelum pertama kali beliau mendengar perkataan “Ya”.

Kini, KFC telah memiliki lebih daripada 18000 cawangan yang tersebar di 210 negara dengan penghasilan 15 juta dollar setiap tahun.

Kesimpulannya, dari Colonel Harland Sanders, kita dapat lihat ciri kegagalan merupakan salah satu cara untuk berjaya. Pemenang bukanlah orang yang tidak pernah gagal, maka mereka yang tidak pernah menyerah.

Budaya Terbuka (Open Culture)


Jika anda seorang peminum teh di Malaysia, Chatime, sebagai salah satu gaya hidup teh yang semakin popular di Malaysia pasti akan ditanya. Ini adalah disebabkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Bryan Loo, yang memegang ijazah dalam bidang bioteknologi dari Universiti Monash di Melbourne, adalah orang yang memperkenalkan Taiwan teh gelembung yang berjenama Chatime yang semakin popular kepada rakyat Malaysia.

Saya memilih Loo sebagai contoh untuk ciri budaya terbuka ialah sebab saya sangat kagum terhadap keberanian beliau. Semasa Loo usia 24, beliau mengambil keputusan untuk menebang ke Taiwan, membeli francais Chatime dan membawanya masuk ke negara kita. Menurut Loo, cuaca Malaysia panas sepanjang tahun. Minuman sejuk akan sesuai untuk pasaran Asia. Dan apabila beliau diteliti pasaran, beliau mendapat tahu bahawa tidak ada wakil teh dalam industri, di mana beliau terdapat jenama kopi adalah banyak. Jadi, beliau berkeputusan untuk membawa budaya teh gelembung ini ke negara kita.

Chatime pertama membuat penampilan di Malaysia pada Ogos 2010 sehingga sekarang sudah lima tahun dan pada hari ini, kita masih melihat pelanggan setia dan akan datang kembali setiap sekarang dan dulu. Visi Chatime adalah sangat mudah, iaitu untuk memupuk budaya minum teh moden di Malaysia. Dalam usaha untuk budaya yang akan dibentuk dalam industri, ia telah menjadi agak besar. Ia perlu diadakan di mana-mana tempat orang akan pergi. Sama seperti kopi, ia mempunyai budaya yang kukuh di sini kerana di mana-mana anda pergi, anda dapat melihat sebuah kedai kopi. Begitu juga dengan budaya teh.


Kesimpulannya, kenapa perlu melabur dalam mewujudkan budaya keusahawanan untuk sesebuah organisasi? Secara ringkasnya, kewujudan satu pasukan orang yang menolak sempadan, mencari peluang tersembunyi dan memahami pertumbuhan yang menguntungkan. Dengan ini, sebaik sahaja membangunkan satu tempat kerja yang menternak pemikiran inovatif, anda tidak akan menerima bakat ke dalam perniagaan anda yang tidak mempunyai semangat tentang mereka. Kakitangan baru akan segera melihat budaya di mana mencabar dan menolak sempadan digalakkan dan diberi ganjaran.