Untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya,
kegagalan tidak dapat diabaikan. Kebanyakan usahawan yang berjaya menganggap
kegagalan merupakan satu proses, cabaran dan langkah untuk berjaya dalam
perniagaan. Hal ini kerana mereka dapat belajar dan bersedar daripada kegagalan
dan memperbaiki kesilapan yang dilakukan.
Contoh usahawan yang berjaya ialah Colonel
Harland Sanders. Beliau merupakan pendiri Kentucky Fried Chicken (KFC). Beliau
lahir pada 9 September 1890 di Indiana, Amerika Syarikat. Pada usia 65 tahun, beliau
mula mendirikan perniagaan KFC. Tetapi sebelum beliau berjaya mendirikan KFC,
beliau telah menggunakan selama 9 tahun untuk menyempurnakan cara memasak ayam
dengan menggunakan 11 bumbu-bumbu dan rempah-rempah. Selain itu, beliau juga
menggunakan “pressure cooker” untuk memasak ayam dengan lebih cepat berbanding
dengan penggorengan biasa.
Beliau
pergi ke restoran-restoran untuk menawarkan resepsi ayamnya pada tahun 1952.
Namun, lebih daripada 1000 restoran menolak resepsi yang ditawarkan oleh
beliau. Beliau telah mendengar perkataan “Tidak” sebanyak 1009 kali sebelum pertama
kali beliau mendengar perkataan “Ya”.
Kini,
KFC telah memiliki lebih daripada 18000 cawangan yang tersebar di 210 negara
dengan penghasilan 15 juta dollar setiap tahun.
Kesimpulannya, dari Colonel
Harland Sanders, kita dapat lihat ciri kegagalan merupakan salah satu cara
untuk berjaya. Pemenang bukanlah orang yang tidak pernah gagal, maka mereka
yang tidak pernah menyerah.
No comments:
Post a Comment