Jaringan usahawan merujuk kepada semua
hubungan yang wujud dan dikekalkan oleh seseorang usahawan dengan manusia
sekelilingnya untuk faedah bersama. Jaringan usahawan dibahagikan kepada
beberapa jenis, iaitu jaringan peribadi, jaringan awam dan jaringan perniagaan.
Jaringan peribadi merujuk kepada jaringan
yang tidak formal. Jaringan jenis ini melibatkan hubungan secara langsung dan
bersemuka antara usahawan dengan pihak tertentu seperti ibu bapa, rakan-rakan,
keluarga, bekas guru atau pensyarah, ahli-ahli persatuan sosial dan kumpulan
belia. Pihak-pihak ini biasanya membekalkan sumber pertama kepada usahawan
untuk mendapat pelbagai bantuan pada peringkat memulakan perniagaan.
Jaringan awam pula merujuk kepada sumber awam
yang membolehkan usahawan meningkatkan pengetahuan, mendapatkan maklumat serta
sebagai perantaraan dengan pihak-pihak tertentu. Sumber awam termasuk majalah,
surat akhbar, buku, TV, radio, video, internet dan sebagainya. Sumber awam ini
juga termasuk pengetahuan yang diperoleh
dari program latihan, seminar, bengkel serta persatuan. Manakala, jaringan
perniagaan merupakan hubungan usahawan dengan pihak-pihak di luar organisasi
perniagaan seperti pelanggan, pembekal, bank, akauntan, kerajaan, persatuan
perniagaan, badan-badan professional dan lain-lain.
Pengasas Alibaba.com, Jack Ma merupakan
usahawan yang mempunyai jaringan yang luas. Ini dapat dibuktikan apabila beliau
telah mengambil keputusan untuk menciptakan suatu “hompage” untuk China dalam
Internet, ahli keluarganya sudi meminjam wang kepadanya sebagai modal. Ahli
keluarganya menunjukkan sokongan yang sepenuhnya walaupun mereka tidak
mengetahui apa itu Internet dan “hompage”. Pada tahun 1995, beliau memerlukan
modal sebanyak RMB20 ribu untuk memulakan perniagaan Internetnya. Beliau mengeluarkan
simpanannya sebanyak RMB6.5 ribu dan mendapatkan pinjaman sebanyak RMB13.5 ribu
daripada ahli keluarganya. Ini telah membuktikan Jack Ma telah memiliki
jaringan peribadi yang kuat.
Selepas mendapatkan modalnya, Jack Ma
menubuhkan sebuah syarikat perniagaan Internet. Dengan bantuan kawannya, beliau
menghantarkan manuskripnya kepada syarikat surat khabar, China Trade News dan
mendapatkan sokongan Timbalan Ketua Pengarang, Shun Yan Jun dari syarikat
tersebut. Dengan bantuan Shun Yan Jun, Jack Ma mendapatkan peluang untuk
menjelaskan Internet. Dengan bantuan kawannya, beliau mendapatkan peluang satu
kali demi satu kali untuk memajukan perniagaan Internetnya.
Oleh itu, beliau sentiasa mengadakan ceramah untuk menasihati orang ramai bukan sahaja fokus dalam strategi mengaut keuntungan yang maksimum, juga perlu membina jaringan sosial sendiri yang luas. Hal ini disebabkan jaringan yang luas membenarkan seseorang memperoleh bantuan dan sokongan yang tepat pada masanya tanpa mengira dari segi mental, kewangan atau fizikal.
No comments:
Post a Comment