Saturday, 31 October 2015

Berorientasikan Keuntungan (Outcome Oriented)

Cole (1969) mendefinisikan keusahawanan sebagai aktiviti yang mendatangkan manfaat melalui pembangunan perniagaan yang berorientasikan keuntungan. McDonalds, tentunya satu nama yang tidak asing lagi di hati kita. Bertepatan dengan slogan yang dibawa, McDonald’s merupakan satu jenama peruncit perkhidmatan makanan segera yang terkemuka yang sudah tentu digemari dan disukai oleh segenap lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa dan peringkat umur. Sejarah penubuhan McDonald’s bermula pada tahun 1940, dengan pembukaan sebuah restoran oleh adik-beradik Dick dan Mac McDonald. Walau bagaimanapun, tarikh penubuhan McDonald’s hanya diisytiharkan pada tahun 1955, sempena tarikh pembukaan restoran francaisnya yang pertama oleh Ketua Pegawai Eksekutif McDonalds pada ketika itu, Ray Kroc. Restoran francais Ray Kroc ini merupakan restoran McDonald’s yang kesembilan yang telah dibuka pada ketika itu.

Ray Kroc merupakan salah seorang usahawan yang berjaya yang mana mempunyai ciri usahawan berorientasikan keuntungan. Ray Kroc merupakan bekas ketua pegawai Eksekutif McDonald’s. Beliau merevolusikan industri restoran atas produksi hamburger dan kentang goreng. Bagi mengembangkan sistem operasi dan hantaran yang maju, beliau memastikan kentang goreng yang dibeli oleh pelanggan di Topeka akan sama dengan yang dibeli di New York City.

Pada tahun 1960, terdapat lebih daripada 200 saluran McDonald’s di seluruh Amerika, perluasan yang cepat dikobarkan oleh biaya franchise yang rendah. Ray Kroc juga nyaris mengalami kerugian sepanjang masa. Akhirnya, dia memutuskan untuk menggunakan real estate sebagai pendukung kewangan sehingga McDonald’s menjadi operasi yang menguntungkan. Pada tahun 1956, Kroc mendirikan Franchise Reality Corporation, membeli tanah dan bertindak selaku pemilik restoran bagi pembeli francais yang berminat. Melalui langkah ini, McDonald’s mula memperoleh hasil keuntungan dan perusahaan yang berjaya melepasi landasan. Kroc kemudian memperkenalkan program pengiklanan nasional untuk menyebarkan francais dengan cepat. Pertumbuhan perusahaan yang lambat di wilayah asal pada awal tahun 1970-an, namun semangat dalam dirinya berjaya mendorongnya mewujudkan pasaran global bagi McDonald’s.

Pada hari ini, pelbagai perusahaan terlibat termasuk pizza, pemprosesan atau menjual barang permainan untuk mendapat keuntungan daripada jenis sistem yang dipelopori oleh Ray Kroc. Statistik Perbadanan McDonald’s Amerika Syarikat menunjukkan pemilikan lebih daripada 33,000 restoran McDonald’s yang meliputi 119 buah negara.

 Kesimpulannya, berdasarkan rentetan dan cabaran yang dihadapi oleh Kroc dalam memajukan perusahaannya menunjukkan beliau sebagai pelopor Francais McDonald’s yang dikenali Ray Kroc telah berjaya menunjukkan ciri keusahawanan dalam berorientasikan keuntungan. 

No comments:

Post a Comment