Datuk Wan Mohamad Sani Wan Salleh salah satu
tokoh usahawan yang berjaya kerana beliau merupakan seorang tokoh usahawan yang
mempunyai wawasan yang tinggi. Pada usia 33 tahun, anak muda ini bagaikan
memiliki segala-galanya. Perniagaan yang memberi pulangan jutaan ringgit,
bangunan sendiri sebagai pusat operasi perniagaan dengan kos pembelian serta
pengubahsuaian mencecah RM7 juta, memandu kereta Ferrari F360 Modena bernilai
RM1 juta dan mendiami banglo mewah bernilai RM9 juta memang selayaknya anak
muda itu digelar jutawan dan usahawan berjaya.
Sani sebenarnya seorang artis tempatan suatu
ketika dahulu. Beliau pernah menjadi seorang model, pelakon dan penyanyi.
Namun, selama beberapa tahun menceburi bidang hiburan, Sani mengakui tidak
nampak masa depannya dalam bidang itu. Rakannya sejak zaman kanak-kanak, Datuk
Sharifuddin dijadikan sebagai inspirasi selepas melihat rakannya berjaya dalam
perniagaan. Ini menunjukkan sikap Datuk Wan Mohammad Sani yang berwawasan.
Beliau jauh memandang ke hadapan berkaitan kerjayanya. Dia memikirkan masa
hadapannya akan cerah jika beliau menceburi bidang perniagaan. Sikap sebegini
yang diperlukan oleh setiap usahawan.
Beliau meletakkan tekad untuk merubah tahap
kehidupannya dengan berniaga sendiri. Beliau bermula dengan membuka bengkel
membaiki kenderaan di beberapa tempat seperti Kuala Lumpur dan Terengganu dan
seterusnya mencuba perniagaan dalam perniagaan pengangkutan iaitu bas yang
sememangnya menjadi minatnya. Menurut beliau ketika zaman sekolah, saya
bersekolah di Kuala Terengganu dan keluarga pula di Kampung Baru, Kuala Lumpur.
Apabila berpeluang ke Kuala Lumpur beliau memilih bas sebagai pengangkutan.
Ketika memulakan perniagaan dalam bidang
pengangkutan, pelbagai cabaran getir terpaksa ditempuh dan beliau perlu bekerja
keras sehingga terpaksa tidur di pejabat. Pada tahun 2003 Sani menubuhkan SUSB
khusus untuk perniagaan pengangkutan itu. Ketika itu beliau mengusahakan
bersama dua rakan kongsi. Namun tidak lama selepas itu mereka menarik diri dan
ketika itu Sani terkontang-kanting seorang diri. Beliau juga perlu membuat
keputusan dengan lebih berhati-hati kerana sebarang keputusan dibuat adalah
tanpa dirujuk kepada sesiapa.
Ketika itu Sani hanya ada seorang pekerja dan
dengan segala kudrat dan buah fikirannya, segala perancangan untuk memulakan
operasi bas ekspres yang diimpikan menampakkan hasil selepas tiga tahun
bertungkus lumus dan modal daripada institusi kewangan. Beliau menanggung
risiko besar kerana pinjaman yang dibuat, tetapi beliau berani dan yakin dengan
apa yang dibuat. Itu menunjukkan Datuk Sani ini sememangnya mempunyai wawasan
yang tinggi dalam kerjayanya.
Pada Januari 2006 Sani ekspres ada di jalan
raya dan perjalanan perniagaan lancar. Perniagaan ini juga telah mendapat
sambutan dan sejak itu perniagaan saya semakin pesat berkembang. Sani
membuktikan jalan dipilihnya berbaloi kerana hanya dalam tempoh tiga tahun Sani
Express menunjukkan prestasi yang luar biasa. Daripada seorang pekerja, Sani
mempunyai 150 orang kakitangan sendiri. Daripada pejabat kecil di Ukay Perdana,
sani kini ada wisma sendiri yang dibeli dan diubahsuai dengan belanja mencecah
RM7 juta.
Kesimpulannya, sikap yang ada pada seseorang
usahawan sangat penting. Sikap mencerminkan peribadi seseorang. Jika sikap yang
ditunjukkan oleh usahawan ini adalah positif maka positif hasilnya. Setiap
orang yang berjaya sudah pasti memiliki pegangan hidupnya yang tersendiri.
Sebagaimana Datuk Mohammad sani ini sendiri beliau memegang “ apa jua perkara
yang kita lakukan, kita harus berpegang pada agama”. Buat apa yang di suruh dan
tinggalkan apa yang dilarang. Doa juga penting. Dan dalam hal ini kata Datuk
Sani ibu beliau Sharifah Aini Syed Ibrahim Jamlulai sering mendoakan beliau,
begitu juga ayahnya. Sikap Datuk Mohammad Sani yang berwawasan dan sentiasa
memandang jauh ke hadapan menjadi salah satu sebab mengapa dia boleh berjaya
dalam usia yang sangat muda.
No comments:
Post a Comment