Sejak muda, kita semua dididik supaya bekerja
dalam kumpulan kerana bersekutu bertambah mutu. Sesetengah haiwan akan hidup
secara berkumpulan untuk melindungi diri daripada pemangsa, mencari makanan dan
tempat perlindungan. Begitu juga semangat berpasukan ini penting dalam kalangan
manusia seperti orang kata “sebatang penyepit mudah dipecahkan, tetapi sepuluh
batang penyepit susah dipatahkan”.
Seseorang usahawan yang
memiliki ciri ini menekankan kerjasama di antara karyawan dalam budaya
perusahaan beliau. Misalnya usahawan Jepun, jika mereka
berseorangan mereka kelihatan seperti khinzir yang bersikap individualistik.
Tetapi, apabila mereka bertiga, mereka akan jadi seperti seekor naga yang
besar. Orang Jepun sangat mementingkan kerja secara berorganisasi, mereka
menyusun perniagaan menjadi organisasi yang besar seperti Mitsubishi,
Matshushita, Honda dan sebagainya.
Usahawan Muslim diseru untuk menjalin
kerjasama antara mereka untuk menubuhkan organisasi perniagaan yang besar.
Usahawan Muslim hendaklah bekerja secara berpasukan kerana ia akan menjana
kekuatan. Ini bersesuaian dengan firman Allah:
Maksudnya:
Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk
membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada
melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana
sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggar
perintah-Nya). Surah al-Ma’idah (5): 2.
Salah satu usahawan yang menunjukkan ciri ini
dalam perusahaan beliau ialah Tan Sri Anthony
Francis "Tony" Fernandes. Tony mempunyai gaya pengurusan sendiri yang
special iaitu beliau percaya bahawa seorang pengasas syarikat tidak sepatutnya
duduk dalam pejabat dan melihat laporan kewangan sahaja untuk memastikan
keberlangsungan syarikatnya. Tony akan sentiasa melawat pekerja bawahannya di
samping membuat pemantauan terhadap pekerjanya. Beliau percaya bahawa tindakan
ini membolehkan dia belajar banyak daripada pengalaman pekerjanya. Tambahan
pula, kesudian Tony untuk mendengar
menyebabkan pekerjanya berasa pendapat mereka dihargai dan hal ini
mendorong mereka sanggup bekerja kuat .
Selain itu, Tony juga berkata bahawa pekerja
diutamakan sebelum pelanggan dan pekerja ialah asset yang paling penting dalam
syarikatnya. Beliau mementingkan persekitaran tempat bekerja yang harmoni dan
bertenaga. Beliau juga berkata syarikatnya mempunyai satu jabatan yang khasnya
untuk merancangkan aktiviti-aktiviti yang dapat menghiburkan para pekerja di
samping mengeratkan hubungan mereka. Dalam sesebuah perniagaan, sumber manusia
penting untuk memacu keuntungan dan pendapatan setiap hari. Tony suka mencari
pekerja dari pelbagai tempat yang pelik sekurang-kurangnya dia seorang yang
bercita-cita dan rendah hati. Kesanggupan melabur atas kakitangan ini menggambarkan Tony
seorang yang penyayang dan memahami. Hubungan ini menjadikan mereka sebuah
keluarga dalam perniagaan sebaliknya hubungan seorang pekerja dan bos sahaja.
No comments:
Post a Comment