Nama Jimmy Choo sinonim dengan kasut yang
eksklusif dan bergaya. Beliau bukan sahaja seorang pereka kasut tetapi juga
seorang tukang kasut yang mahir dan pakar dalam menghasilkan hasil seninya.
Beliau mendapat ilham dan inspirasi rekaannya daripada alam semula jadi seperti
pokok dan bunga dan juga daripada keadaan sekeliling seperti hiasan dalaman di
tempat-tempat yang dilawatinya. Beliau sangat teliti dalam membentuk acuan
kasut yang terdiri daripada bahagian atas, tapak dan tumit bagi memestikan
kasut rekaannya seimbang supaya si pemakai berasa selesa dan selamat walaupun
mengenakan kasut bertumit tinggi.
Jimmy Choo dilahirkan di Pulau Pinang,
Malaysia pada tahun 1961 dalam sebuah keluarga di mana, ayahnya menjalankan
perniagaan membuat kasut. Beliau telah mendapat pendedahan awal mengenai teknik
pembuatan kasut daripada ayahnya sendiri kerana ayahnya merupakan seorang
tukang kasut sepenuh masa. Beliau bersekolah di Sekolah Rendah Shih Chung dan
tamat pengajian beliau pada tahun enam. Beliau menolong ayahnya dan berjaya
menghasilkan kasut pertama seawall usia 11 tahun. Setelah itu beliau telah
menyambung pengajiannya dalam bidang pembuatan kasut dan fesyen di London.
Selepas tamat pengajian, beliau cuba membuka
kedai kasutnya dengan menyewa sebuah bangunan bekas hospital yang ditinggalkan,
beliau mengharungi 4 tahun yang mendukacitakan kerana jualan kasutnya amat
menyedihkan. Namun begitu, beliau tidak berputus asa, beliau setia dan taat
pada bidang pembuatan kasut ini. Setelah empat tahun bertungkus lumus, rekaan
beliau mendapat liputan di Majalah Vogue, sebuah majalah terkenal di UK. Nama
Jimmy Choo mula dikenali. Tetapi beliau masih kecewa kerana hasil jualannya masih merosot walaupun telah
mendapat liputan media.
Empat tahun pula berlalu, apabila mendiang
Puteri Diana berkenan dengan rekaan beliau lantas membelinya sekitar tahun 1990. Semenjak
daripada hari itu, mendiang Puteri Diana terus jatuh cinta dengan rekaan Jimmy
Choo dan menyebabkan nama Jimmy Choo terus melonjak naik di persada antarabangsa.
Pada tahun 1996, beliau mengasaskan Jimmy Choo Ltd bersama Tamara Mellon,
editor British Vogue. Kini jenama Jimmy Choo dikaitkan dengan gaya, kemewahan
dan ketulenan, serta menjadi kegilaan artis dan selebriti di serata dunia.
No comments:
Post a Comment