Menurut Stephan Covey, individu yang proaktif
mempunyai inisiatif yang tinggi dan bertanggungjawab terhadap kehidupannya.
Justeru, ia melihat dirinya berkeupayaan untuk memilih dan bertindak dengan
penuh integrity. Individu yang proactive juga akan mencari idea-idea baharu
untuk memperbaik keadaan yang ada supaya sebarang masalah dan kekurangan dapat
dibetulkan.
Seseorang yang proactive juga akan bertindak
sebagai innovator. Inovator boleh didefinisikan sebagai semangat mencipta serta
mengilhamkan konsep dan idea yang baru. Sifat inovator yang terdapat pada diri
usahawan memperlihatkan bahawa mereka adalah seorang yang bijak, panjang akal
dan sentiasa berilham. Seorang yang berinovasi akan sentiasa memikirkan
perubahan serta melaksanakan perubahan dan membuat pembaharuan yang relevan dan
realistik. Usahawan yang mempunyai ciri innovator akan sentiasa membuat
pembaharuan dan membawa kejutan kepada orang ramai kerana tiada yang serupa
dengan pembaharuan sebelum ini.
Usahawan pada abad ke-21 mestilah seorang
yang mempunyai ciri-ciri proactive dan berdaya maju. Usahawan yang berdaya maju
akan sentiasa menjadi ‘world leader’ dalam bidang yang diceburinya. Selain itu,
mereka juga akan sentiasa mencari strategi-strategi yang lebih cekap dari sedia
ada, dan oleh sebab itulah mereka ini sentiasa berada di hadapan. Sebagai
contoh, Tan Sri Tatparanandam Ananda Krishnan mempunyai inisiatif yang tinggi
dalam bidang perniagaan dengan mengambil tindakan secara proaktif, iaitu
melibatkan diri dalam bidang telekomunikasi dan multimedia, iaitu satu
perniagaan yang belum diterokai oleh usahawan lain negara ini.
Seperti yang kita tahu, sebelum menceburi perniagaan di bidang multimedia, inisiatif pertamanya ialah menceburi dalam bidang perdagangan minyak. Beliau menubuhkan Exoil Trading dan berjaya mendapatkan kontrak penggerudian minyak di banyak negara. Kini, Exoil Trading dikatakan merupakan sumber dana yang kukuh bagi beliau untuk menceburi dalam bidang perniagaan lain. Cerita di sebalik kejayaan perniagaan perdagangan minyaknya ialah beliau mengambil tindakan inisiatif untuk bekerjasama dengan Tom Cantwell, seorang ahli geologi Amerika untuk mendapatkan hak untuk menggerudi di Filipina, Sri Lanka, Indonesia dan juga Laut Utara. Tindakan inisiatif ini untuk bekerjasama dengan Tom Cantwell membolehkan beliau melakukan kerja penggerudian minyak ini sebelum orang lain lakukan.
Di samping itu, inisiatif beliau juga dilihat daripada usaha untuk menjalinkan hubungan baik dengan kerajaan untuk mendapatkan projek-projek besar. Sebagai contoh, beliau memperolehi hak untuk mula operasi pertaruhan perlumbaan kuda di Malaysia. Kerajaan Malaysia juga membenarkan syarikatnya, Binariang Sdn Bnd, untuk melibatkan diri dalam projek satelit, Measat I, yang dicadangkan oleh beliau. Selepas ini, beliau mengambil langkah yang inisiatif lagi untuk mengendalikan pelbagai perkhidmatan telekomunikasi dan penyiaran. Misalnya, Astro Malaysia Holdings Sdn Bhd, yang merupakan satu syarikat yang menyediakan perkhidmatan penyiaran TV di Malaysia.
No comments:
Post a Comment