Saturday, 31 October 2015

Berorientasikan Keuntungan (Outcome Oriented)

Cole (1969) mendefinisikan keusahawanan sebagai aktiviti yang mendatangkan manfaat melalui pembangunan perniagaan yang berorientasikan keuntungan. McDonalds, tentunya satu nama yang tidak asing lagi di hati kita. Bertepatan dengan slogan yang dibawa, McDonald’s merupakan satu jenama peruncit perkhidmatan makanan segera yang terkemuka yang sudah tentu digemari dan disukai oleh segenap lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa dan peringkat umur. Sejarah penubuhan McDonald’s bermula pada tahun 1940, dengan pembukaan sebuah restoran oleh adik-beradik Dick dan Mac McDonald. Walau bagaimanapun, tarikh penubuhan McDonald’s hanya diisytiharkan pada tahun 1955, sempena tarikh pembukaan restoran francaisnya yang pertama oleh Ketua Pegawai Eksekutif McDonalds pada ketika itu, Ray Kroc. Restoran francais Ray Kroc ini merupakan restoran McDonald’s yang kesembilan yang telah dibuka pada ketika itu.

Ray Kroc merupakan salah seorang usahawan yang berjaya yang mana mempunyai ciri usahawan berorientasikan keuntungan. Ray Kroc merupakan bekas ketua pegawai Eksekutif McDonald’s. Beliau merevolusikan industri restoran atas produksi hamburger dan kentang goreng. Bagi mengembangkan sistem operasi dan hantaran yang maju, beliau memastikan kentang goreng yang dibeli oleh pelanggan di Topeka akan sama dengan yang dibeli di New York City.

Pada tahun 1960, terdapat lebih daripada 200 saluran McDonald’s di seluruh Amerika, perluasan yang cepat dikobarkan oleh biaya franchise yang rendah. Ray Kroc juga nyaris mengalami kerugian sepanjang masa. Akhirnya, dia memutuskan untuk menggunakan real estate sebagai pendukung kewangan sehingga McDonald’s menjadi operasi yang menguntungkan. Pada tahun 1956, Kroc mendirikan Franchise Reality Corporation, membeli tanah dan bertindak selaku pemilik restoran bagi pembeli francais yang berminat. Melalui langkah ini, McDonald’s mula memperoleh hasil keuntungan dan perusahaan yang berjaya melepasi landasan. Kroc kemudian memperkenalkan program pengiklanan nasional untuk menyebarkan francais dengan cepat. Pertumbuhan perusahaan yang lambat di wilayah asal pada awal tahun 1970-an, namun semangat dalam dirinya berjaya mendorongnya mewujudkan pasaran global bagi McDonald’s.

Pada hari ini, pelbagai perusahaan terlibat termasuk pizza, pemprosesan atau menjual barang permainan untuk mendapat keuntungan daripada jenis sistem yang dipelopori oleh Ray Kroc. Statistik Perbadanan McDonald’s Amerika Syarikat menunjukkan pemilikan lebih daripada 33,000 restoran McDonald’s yang meliputi 119 buah negara.

 Kesimpulannya, berdasarkan rentetan dan cabaran yang dihadapi oleh Kroc dalam memajukan perusahaannya menunjukkan beliau sebagai pelopor Francais McDonald’s yang dikenali Ray Kroc telah berjaya menunjukkan ciri keusahawanan dalam berorientasikan keuntungan. 

Pasukan Berorientasikan (Team-Oriented)

Sejak muda, kita semua dididik supaya bekerja dalam kumpulan kerana bersekutu bertambah mutu. Sesetengah haiwan akan hidup secara berkumpulan untuk melindungi diri daripada pemangsa, mencari makanan dan tempat perlindungan. Begitu juga semangat berpasukan ini penting dalam kalangan manusia seperti orang kata “sebatang penyepit mudah dipecahkan, tetapi sepuluh batang penyepit susah dipatahkan”.

Seseorang usahawan yang memiliki ciri ini menekankan kerjasama di antara karyawan dalam budaya perusahaan beliau. Misalnya usahawan Jepun, jika mereka berseorangan mereka kelihatan seperti khinzir yang bersikap individualistik. Tetapi, apabila mereka bertiga, mereka akan jadi seperti seekor naga yang besar. Orang Jepun sangat mementingkan kerja secara berorganisasi, mereka menyusun perniagaan menjadi organisasi yang besar seperti Mitsubishi, Matshushita, Honda dan sebagainya.

Usahawan Muslim diseru untuk menjalin kerjasama antara mereka untuk menubuhkan organisasi perniagaan yang besar. Usahawan Muslim hendaklah bekerja secara berpasukan kerana ia akan menjana kekuatan. Ini bersesuaian dengan firman Allah:


Maksudnya:
Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintah-Nya). Surah al-Ma’idah (5): 2.

Salah satu usahawan yang menunjukkan ciri ini dalam perusahaan beliau ialah Tan Sri Anthony Francis "Tony" Fernandes. Tony mempunyai gaya pengurusan sendiri yang special iaitu beliau percaya bahawa seorang pengasas syarikat tidak sepatutnya duduk dalam pejabat dan melihat laporan kewangan sahaja untuk memastikan keberlangsungan syarikatnya. Tony akan sentiasa melawat pekerja bawahannya di samping membuat pemantauan terhadap pekerjanya. Beliau percaya bahawa tindakan ini membolehkan dia belajar banyak daripada pengalaman pekerjanya. Tambahan pula, kesudian Tony untuk mendengar  menyebabkan pekerjanya berasa pendapat mereka dihargai dan hal ini mendorong mereka sanggup bekerja kuat .


Selain itu, Tony juga berkata bahawa pekerja diutamakan sebelum pelanggan dan pekerja ialah asset yang paling penting dalam syarikatnya. Beliau mementingkan persekitaran tempat bekerja yang harmoni dan bertenaga. Beliau juga berkata syarikatnya mempunyai satu jabatan yang khasnya untuk merancangkan aktiviti-aktiviti yang dapat menghiburkan para pekerja di samping mengeratkan hubungan mereka. Dalam sesebuah perniagaan, sumber manusia penting untuk memacu keuntungan dan pendapatan setiap hari. Tony suka mencari pekerja dari pelbagai tempat yang pelik sekurang-kurangnya dia seorang yang bercita-cita dan rendah hati. Kesanggupan melabur  atas kakitangan ini menggambarkan Tony seorang yang penyayang dan memahami. Hubungan ini menjadikan mereka sebuah keluarga dalam perniagaan sebaliknya hubungan seorang pekerja dan bos sahaja. 

Proaktif (Proactive)

Menurut Stephan Covey, individu yang proaktif mempunyai inisiatif yang tinggi dan bertanggungjawab terhadap kehidupannya. Justeru, ia melihat dirinya berkeupayaan untuk memilih dan bertindak dengan penuh integrity. Individu yang proactive juga akan mencari idea-idea baharu untuk memperbaik keadaan yang ada supaya sebarang masalah dan kekurangan dapat dibetulkan.

Seseorang yang proactive juga akan bertindak sebagai innovator. Inovator boleh didefinisikan sebagai semangat mencipta serta mengilhamkan konsep dan idea yang baru. Sifat inovator yang terdapat pada diri usahawan memperlihatkan bahawa mereka adalah seorang yang bijak, panjang akal dan sentiasa berilham. Seorang yang berinovasi akan sentiasa memikirkan perubahan serta melaksanakan perubahan dan membuat pembaharuan yang relevan dan realistik. Usahawan yang mempunyai ciri innovator akan sentiasa membuat pembaharuan dan membawa kejutan kepada orang ramai kerana tiada yang serupa dengan pembaharuan sebelum ini.

Usahawan pada abad ke-21 mestilah seorang yang mempunyai ciri-ciri proactive dan berdaya maju. Usahawan yang berdaya maju akan sentiasa menjadi ‘world leader’ dalam bidang yang diceburinya. Selain itu, mereka juga akan sentiasa mencari strategi-strategi yang lebih cekap dari sedia ada, dan oleh sebab itulah mereka ini sentiasa berada di hadapan. Sebagai contoh, Tan Sri Tatparanandam Ananda Krishnan mempunyai inisiatif yang tinggi dalam bidang perniagaan dengan mengambil tindakan secara proaktif, iaitu melibatkan diri dalam bidang telekomunikasi dan multimedia, iaitu satu perniagaan yang belum diterokai oleh usahawan lain negara ini. 

Seperti yang kita tahu, sebelum menceburi perniagaan di bidang multimedia, inisiatif pertamanya ialah menceburi dalam bidang perdagangan minyak. Beliau menubuhkan Exoil Trading dan berjaya mendapatkan kontrak penggerudian minyak di banyak negara. Kini, Exoil Trading dikatakan merupakan sumber dana yang kukuh bagi beliau untuk menceburi dalam bidang perniagaan lain. Cerita di sebalik kejayaan perniagaan perdagangan minyaknya ialah beliau mengambil tindakan inisiatif untuk bekerjasama dengan Tom Cantwell, seorang ahli geologi Amerika untuk mendapatkan hak untuk menggerudi di Filipina, Sri Lanka, Indonesia dan juga Laut Utara. Tindakan inisiatif ini untuk bekerjasama dengan Tom Cantwell membolehkan beliau melakukan kerja penggerudian minyak ini sebelum orang lain lakukan. 
 
Di samping itu, inisiatif beliau juga dilihat daripada usaha untuk menjalinkan hubungan baik dengan kerajaan untuk mendapatkan projek-projek besar. Sebagai contoh, beliau memperolehi hak untuk mula operasi pertaruhan perlumbaan kuda di Malaysia. Kerajaan Malaysia juga membenarkan syarikatnya, Binariang Sdn Bnd, untuk melibatkan diri dalam projek satelit, Measat I, yang dicadangkan oleh beliau. Selepas ini, beliau mengambil langkah yang inisiatif lagi untuk mengendalikan pelbagai perkhidmatan telekomunikasi dan penyiaran. Misalnya, Astro Malaysia Holdings Sdn Bhd, yang merupakan satu syarikat yang menyediakan perkhidmatan penyiaran TV di Malaysia.

Usahawan yang berjaya

Tan Sri Tony Fernandes
NAMA: Anthony Francis Fernandes                   
TARIKH LAHIR: 30 April 1964                                                      
ASAL: Kuala Lumpur, Malaysia
JAWATAN: Ketua Pegawai Eksekutif / Pengarah AirAsia Berhad dan Pengasas Tune Group Sdn Bhd / Pengerusi Q.P.R. Holdings Ltd
PENDIDIKAN:  Epsom College (1977-83), London School of Economics (1987)

Secara umumnya usahawan ialah seorang yang mengusahakan sesuatu perniagaan sehingga berjaya motif mereka untuk memperoleh keuntungan serta mengamalkan amalan-amalan yang strategik untuk terus berjaya.

Ramai yang tidak mengetahui bahawa seorang ahli muzik yang pernah mengetuai syarikat rakaman Warner Music (M) Sdn. Bhd., iaitu Tan Sri Tony Fernandes merupakan seorang tokoh korporat tanah air yang disegani di atas kejayaan beliau yang mencetus revolusi dalam industri penerbangan rantau Asia. Dari seorang ahli muzik beliau mengubah haluan menceburi bidang perniagaan. Beliau sanggup mengambil risiko dengan memasuki bidang perniagaan. Tan Sri Fernandes.

Beliau juga merupakan seorang yang berwawasan. Semasa beliau berada di London, beliau melihat iklan sebuah syarikat tambang murah iaitu Easyjet. Beliau menghabiskan masa selama dua hari di Lapangan Terbang Luton, London untuk melihat bentuk perniagaan yang dijalankan oleh syarikat tersebut. Beliau tertarik dengan konsep tersebut dan bercadang untuk memperkenalkan bentuk perkhidmatan tambang murah di Malaysia. Beliau menyuarakan hasratnya kepada kawan baiknya iaitu Datuk Kamarudin Meranum. Mereka bekerjasama mengumpul modal permulaan sebanyak RM1 juta. 

Tan Sri juga seorang berani mengambil risiko. Hal ini dapat dilihat apabila beliau dan rakan-rakan kongsi mengambil alih syarikat penerbangan AirAsia Sdn. Bhd menerusi Tune Air Sdn. Bhd pada 8 September 2001 untuk diterapkan konsep tambang murah. Ketika mereka mengambil alih Tune Air, mereka terpaksa menjelaskan hutang tertunggak syarikat tersebut dengan Malaysia Airlines Bhd., Malaysia Airport Holdings Bhd., dan Petronas yang berjumlah RM20 juta. Mereka hanya diberi tempoh enam bulan bagi menjelaskan kesemua hutang yang tertunggak. Pelbagai cara yang dilakukan untuk menjelaskan hutang-hutang yang tertunggak.

Seterusnya, beliau juga mempunyai sikap budaya keterbukaan. Sikap ini dapat dilihat dengan jelas apabila beliau melantik kawan – kawan yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan keturunan untuk menjadi rakan kongsi beliau dalam syarikat penerbangan AirAsia. Rakan kongsi yang pernah bersama – sama Tan Sri Tony Fernandes menerajui syarikat penerbangan antaranya ialah Datuk Kamarudin Meranum, Datuk Sri Kalimullah Hassan, Mark Lankenster, dan Jason Lo. Kejayaan yang dimiliki AirAsia berkat kerja keras seluruh warga AirAsia yang terdiri daripada berbilang kaum, yang bertungkus lumus menaikkan nama AirAsia di mata dunia. 

Ciri usahawan yang terdapat pada Tan Sri Tony Fernandes ialah semangat berpasukan. Walaupun rakan sekerjanya bukan sebangsa dengan beliau namun mereka dapat bekerjasama dalam memajukan perusahaan syarikat beliau. Sebarang keputusan yang dibuat dilakukan secara bersama dengan rakan-rakan kongsi syarikat.

Antara kata-kata yang dipegang oleh Tan Sri Tony ialah kamu boleh memiliki sebanyak mana pun duit di dunia ini, dan kamu boleh mempunyai idea yang bernas, tetapi sekiranya kamu tidak mempunyai sokongan dari orang ramai, lupakan. Orang ramai di sini bermaksud jaringan usahawan.

Seorang usahawan perlu untuk memiliki ciri-ciri usahawan bagi menjadikan seseorang usahawan itu mampu berdaya sain dan memperoleh kelebihan persaingan berbanding usahawan -usahawan yang lain, sekali gus dapat membantu meningkatkan taraf ekonomi negara dan melahirkan usahawan yang berketerampilan dan berpersonaliti yang baik.  

Rumusan

Walaupun terdapat pelbagai mitos yang sering diperkatakan terhadap usahawan, namun dengan ilmu pengetahuan yang mantap, masyarakat mula sedar akan kepentingan usahawan dalam membangunkan ekonomi negara. Bukan mudah untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya lebih-lebih lagi dalam tempoh masa yang singkat. Justeru, ia memerlukan kesabaran yang sangat tinggi dalam menempuh pelbagai cabaran perniagaan. Individu atau masyarakat yang ingin mengecapi kejayaan seperti usahawan perlulah memiliki ciri-ciri usahawan yang mana telah diberi penekanan dalam penulisan ini. Setiap individu berpeluang untuk mengecapi kejayaan sebagai seorang usahawan kerana ciri-ciri keusahawanan yang ada pada kebanyakan usahawan seperti tokoh usahawan yang dibincangkan tersebut bukanlah dilahirkan secara semula jadi, tetapi adalah disebabkan faktor-faktor seperti berwawasan tinggi, sanggup mengambil risiko, daya inisiatif dan kejayaan yang tinggi, budaya terbuka, proaktif serta perkara yang paling penting adalah berkeyakinan terhadap kebolehan diri yang menjadikan mereka begitu perkasa di pelosok dunia. Bak kata Dr. Azizan Osman  yang mana juga merupakan seorang usahawan berjaya “80% kejayaan adalah bermula dengan keyakinan dalam diri dan keberanian bertindak luar biasa”.